PLANET 3 ;

Assalamualaikum warga blogger. Aku kembali setelah hampir berzaman biarkan blog ni tergantung sepi. How are you? Hope you guys have a good day. Rindu korang! So, just straight to the point. Korang ingat lagi tak last post aku pasal kekecewaan tak dapat pergi TEL last year? Finally Planet 3 aku dapat pergi. Jujur tak expect dapat pergi, just merancang je dan tak sangka tercapai juga impian. Syukur.

18 Mac 2017. The Exor'dium in Malaysia.

Aku, midah dan syad kitaorang pergi bertiga. Abah hantar awal pagi ke stesen lrt. From lrt to KL Sentral then rushing gila nak pergi transit ke monorel. Mesin tiket buat hal pulak masa tu, so kitaorang banyak habiskan masa dekat situ. Naik je monorail aku terkejut sebab mostly dalam tu exo-ls hahaha. Nak kenal senang je, yang pakai jersey tu exo-ls lah.
Sampai stadium dalam pukul 9 lebih. Masa tu pening nak cari green gate sebab monoraill tak berhenti straight depan gate macam red tu. Green gate kena jalan kaki sikit, mujur time tu nampak sekumpulan exo-ls so kitaorang ikut je la.

Sampai green gate aku tengok dah ramai yang beratur. Since this is my first expericence ever, so nampak lah jakunnya aku ni hahaha. Dekat situ banyak jualan goodies. Sumpah rambang mata, kitaorang  mampu jalan dan tengok je sebab time tu bawak duit memang cukup-cukup untuk survive. Keliling kawasan tu ada yang buat mini concert, i mean korang boleh join kalau nak. Aku nak join tapi diorang nyanyi lagu yixing, ofc banyak aku tak hafal.
So kitaorang duduk je la sambil nak tunggu gate bukak. Cuaca pagi tu Alhamdulillah elok. Tak panas, tak mendung sangat. Tapi muka aku berpeluh plus berminyak teruk sebab berlari-lari masa dekat stesen tadi hahaha. Nak taknak aku terpaksa beli kipas. Untung midah & syad sebab diorang dah bawak extra fans. Aku ni kena la gigih pi cari. Aku beli je apa yang aku nampak, dah takde masa nak pilih jenis kipas wei.


Kitaorang tak banyak sangat nak lawat kawasan macam orang lain, sebab busy jaga tempat (barisan tu akan bergerak kedepan) since bertiga je kami sobs. Masa duduk tu ada yang datang bagi banner untuk fanproject ect.